Advertise Here

Portal Tarbiah Anda

-'s




Ikhwah dan akhawat yang dirahmati,
Menjadi cita-cita setiap daripada kita untuk beroleh yang terbaik dalam mendaki menara gad-
ing, berjaya memperoleh segulung ijazah yang membanggakan ibubapa yang tersayang. Tiada
siapa yang mahu gagal, tiada siapa yang mahu terkandas. Itulah harapan agung setiap dari-
pada kita.

Namun begitu, pastinya apa yang akan berlaku adalah tertakluk kepada iradah Ilahi mengatasi
segalanya. Dial ah yang telah menetapkan perancangan sejak azali lagi. Maka sewajarnya kita
membulatkan keimanan kita kepada apa jua ketetapanNya. Boleh jadi indah, boleh jadi
menghampakan, tetapi segalanya pasti terbaik untuk diri kita. Apa yang lebih penting adalah
berusaha sebaik mungkin dan berserah…kemudiannya bersyukur dan bersabar atas ketentu-
anNya.

Sekali lagi Ibnu Ataillah meninggalkan pesan,
“Cukuplah untuk anda sebagai balasan Allah atas amalan itu , jika Allah menerimanya”

Sesungguhnya kamu tidak akan disoal mengenai iradah Allah, tetapi hanya amalan dan usaha
kamu yang akan berada di atas timbangan nanti. Kita juga sentiasa berdoa kepadaNya agar
dianugerahkan kejayaan di dunia dan terutamanya di akhirat.
Ikhwah yang disayangi, Akhawat yang dihormati,

“Keinginan untuk tajrid, padahal Allah menempatkan kamu pada asbab (sebab musabab)
adalah termasuk dalam syahwat yang tersembunyi”
Begitulah peringatan yang cukup bermakna Ibnu Ataillah.

Syeikh Said Hawa mengulas:
“Seseorang yang meletakkan kakinya di jalan menuju kepada Allah Azza Wajalla, pada kebi-
asaannya akan timbul pada dirinya sendiri sejenis keinginan iaitu keinginan untuk meninggal-
kan sebab musabab atau meninggalkan amalan duniawi yang sedang diceburinya.”
Berhati-hati dengan sang nafsu memperdaya kita untuk berlengah dan mengabaikan tanggung
jawab berusaha.

Niat yang ikhlas tidak akan membunuh akal untuk berfikir dan tubuh untuk
berusaha. Sedangkan angan-anganlah yang membuat kita bermalasan.
Sedarilah posisi kamu, dan beramallah berdasarkannya…
Ketahuilah prioriti dalam keadaan-keadaan tertentu…

Ikhwah dan Akhawat,Ingatlah, jaulah kita masih jauh destinasinya. Langkah hari ini adalah muntalaq, berbekallahdengan sebaik mungkin. Semoga kita menjadi modal kejayaan ummah apabila kita beroleh kecemerlangan.“Andainya generasi hari ini merupakan modal bekalan kepada tuan, maka generasi akandatang adalah merupakan hasil semaian tuan” (Imam As-Syahid Hasan Al-Banna

Selamat menghadapi musim peperiksaan nanti. Bitaufiq wa Najah

0 comments:

Post a Comment