Advertise Here

Portal Tarbiah Anda

-'s

http://3.bp.blogspot.com/_qNJgznSxzjI/TQ67CVhhQ1I/AAAAAAAAABU/MiEiiV9A4Sc/s1600/mh_03.1%255B1%255D.jpg

Selepas mengejutkan umat Islam dengan meletakkan kalungan bunga sebagai tanda penghormatan di makam musuh Islam Mustafa Kemal Ataturk , PM Malaysia sekali lagi mengejutkan kita apabila dilaporkan membayangkan Ikhwanul Muslimin sebagai pengganas, malah mendakwa Ulama Besar yang menjadi rujukan dunia islam iaitu Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah.

Di bawah ini screenshot ucapan najib di Turki yang dilaporkan oleh National Review. tindakan ini mendapat  pujian dari setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton yang memuji Malaysia sebagai “modern, progressive, and moderate”

http://2.bp.blogspot.com/-Zuqt1--C1M8/TWed2lQq9HI/AAAAAAAABfU/2AQ6YwYxEY4/s1600/Najib%2Bturki.png


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak supaya menarik balik tuduhan liar yang dilemparkan kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan ulama terkenal dunia, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.


Beliau menyatakan sebagai merujuk dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam laman web National Review Online yang memetik ucapan yang dibuat oleh Najib di Istanbul baru-baru ini yang mendakwa bahawa parti politik Ikhwan Muslimin terlibat dengan keganasan dan sifat ekstremis.

Jelasnya, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang juga Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia pula merupakan seorang tokoh ilmuan yang sangat terkenal seluruh dunia.
“Bahkan segala usaha-usaha yang dilakukan olehnya mendapat pengiktirafan serta penghormatan yang tinggi,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Sempena majlis sambutan Ma’al Hijrah 1431/2009, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan menyampaikan Tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan kepada beliau atas sifat peribadi unggul dan sumbangannya yang begitu besar dalam agama serta dunia Islam seluruhnya.
Malah, katanya Dr Yusuf Al-Qardhawi selalu berkunjung ke Malaysia untuk menyampaikan ilmu serta bertemu dengan ramai individu, parti politik serta pihak-pihak tertentu.

“Ini membuktikan sifat beliau disenangi dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia,” katanya.
Jelasnya, Ikhwan Muslimin pula merupakan sebuah gerakan Islam yang sah di Mesir malah mereka turut terlibat dan berpartisipasi secara aktif dalam beberapa siri pilihanraya di Mesir.
Tambahan lagi, mereka sering melaungkan tema “Penglibatan dan Bukan Penguasaan” di samping memelihara peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Mesir.

Walaubagaimanapun, katanya hak dan nilai demokrasi mereka sebagai rakyat dan parti politik yang sah telah dicabul sehingga mereka terpaksa berdepan dengan ancaman, ugutan serta penyelewengan kuasa yang dilakukan oleh pemerintah Mesir.

Menyentuh mengenai kebangkitan rakyat di Mesir, beliau berkata Ikhwan Muslimin berpendapat bahawa segala kerosakan dan pencerobohan yang berlaku adalah disebabkan tindakan kumpulan-kumpulan samseng yang bersengkongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk menindas kemahuan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menambah, malah Ikhwan Muslimin turut memberikan penghargaan kepada seluruh tentera Mesir yang berkhidmat untuk menjaga keselamatan dan memelihara keamanan sepanjang tempoh revolusi yang berlaku.

“Ini membuktikan bahawa Ikhwan Muslimin tidak terlibat dengan sebarang bentuk provokasi dan strategi bagi melakukan keganasan dan kekacauan di Mesir,” ujarnya.
Justeru, katanya kenyataan Perdana Menteri itu dilihat tidak cerdik.
“Saya berpendapat Najib harus menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepada gerakan Ikhwan Muslimin dan Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi segera.

“Jika tidak, beliau telah menunjukkan sikapnya sebagai seorang yang pro kuasa Barat dan takut untuk menzahirkan kebenaran,” tegasnya.

sumber : harakahdaily.com

3 comments:

KiSaH HiDuP AyRa said...

nie semua FITNAH terhadap pemimpin. setakat tulis, bukti masih belum ckup untuk mengaibkan seseorang. Ingatlah, Allah s.w.t Maha Mengetahui, Maha Berkuasa. Sabda Rasulullah S.A.W, "Dosa fitnah itu lebih TERUK daripada dosa membunuh"

Kamal Shalah Ezwan bin Abu Talib@ Shalah Ad Din Al Hadid said...

Kepada Saudara yang bernama Kisah Hidup Ayra, adakah anda kenal dengan peribadi dan akhlak sebenar pemimpin kita. Benar, semua manusia adalah tidak sempurna namun apabila hati manusia itu bukan kepada kecintaan Islam maka akan butalah mata hati itu sehingga gagal membuat perbandingan antara Daging yang baik dengan Daging yang busuk. Perbanyakkan belajar ilmu dan memahami AlQuran dan Hadis. Sesungguh Allah melaknat mereka yang munafiq dan mendapat balasan neraka jahanam kerana berkata bahawa dia Islam tetapi menentang hukum Islam. Maafkan saya. Waallhualam.

summer breeze said...

Nilai pemimpin dgn kritis apa respons mereka ttg situasi umat Islam disekeliling yg terbaru di mesir..

kita umat Islam,Negara Islam,saudara kita disembelih,ditembak,dibantai..

Kita?

Terlalu sibuk dgn dosa fitnah..bgaimana dgn dosa mpermainkan agama? Meremehkan hukum hakam agama? Agama digunakan utk kpntigan diri?

Beriman dgn AlQuran secara seluruhnya..jgn hnya mgunakan utk kpntigan diri,ttapi sbahagian dicampak tepi atas alasan terlalu radikal...

Lihat dgn mata,pandang dgn hati,
Timbang dgn akal,renung dgn imam.

Post a Comment