
heboh di dalam dada-dada akhbar apabila seorang hamba allah yg dikenali sebagai aduka taruna menghina almarhum sultan johor.
tetapi ramai yang tidak mengetahui bahawa bukan al-marhum sultan johor menjadi mangsa, bahkan para-para sahabat nabi,para-para ulama mazhab(hanafi,maliki,shafie dan hambali) menjadi bahan hinaan hamba allah ini.
sedangkan untuk seseorang itu diiktiraf untuk menjadi mujtahid mutlak sekurang-kurangnya perlu menghafal 600,000 hadis berserta sanad dan matan,perlu memahami dan menghafal quran,thiqah(dipercayai keperibadiaannya),dhabit(kuat hafalan) dan lain-lain.
insan yang bernama aduka ini,dengan senanag mengkritik 4mazhab yang agung ini tanpa dalil-dalil yang sahih.seolah-seolah dia lebih faham,faqih berbanding imam-imam mazhab.walhal imam-imam mazhab jika dibaca kisah mereka,subhanallah betapa agungnya kurniaan yang Allah S.W.T berikan kepada mereka.
tidak cukup dengan itu sahabat nabi yang juga penulis wahyu Muawiyah R.A dan isteri nabi ummul mukminin Aisyah R.A turut dikritik dengan gelaran '2 mangkuk' dan 'bangang tukil'.Nau'zubillah layak ke insan ini menghina sahabat nabi?
dengan hujah-hujah yang dangkal dan tidak ilmiah,beliau dengan senang menghina sahabat nabi yang mulia ini.Dengan tidak fahamnya beliau dalam memahami sirah peperangan siffin dan jamal,beliau menuduh Muawiyah dan Aisyah sebagai punca perpecahan umat islam,ini adalah satu fitnah jahat kepada sahabat nabi.beliau juga tidak memahami secara mendalam kenapa peperangan saudara(siffin,jamal) ini berlaku.peperangan ini berlaku kerana para-para sahabat berbeza ijtihad disamping puak munafiqin meniupkan api perpecahan kepada umat islam ketika itu.
Tetapi malang sekali, ketika beliau menghina sahabat nabi,tidak ada pula kritikan,bantahan atau campurtangan media dan pihak berkenaan agar diambil tindakan.Siapakah yang lebih mulia antara insan yang dihina itu?
Tetapi malang sekali, ketika beliau menghina sahabat nabi,tidak ada pula kritikan,bantahan atau campurtangan media dan pihak berkenaan agar diambil tindakan.Siapakah yang lebih mulia antara insan yang dihina itu?
Sepatutnya sejak dahulu beliau dibantah. Namun ketika dia menghina isteri dan sahabat Nabi s.a.w,bila dia menghina Almarhum sultan,barulah pihak berkenaan mahu bertindak.Adakah semangat kemelayuaan kita yang lebih tebal, atau semangat islami kita yang telah nipis?
oleh:abas88
0 comments:
Post a Comment