Advertise Here

Portal Tarbiah Anda

-'s


MEDIA DAKWAH:

1.Kalau dilihat dan diikuti perkembangan Islam dari dahulu sampai sekarang, ternyata bahawa para da'i khususnya dan umat Islam umumnya tidaklah mengggunakan sesuatu media tertentu, dan nampaknya tidak pula menghadkan kepada hanya sesuatu media tertentu saja yang boleh digunakan dan dipakai dalam menyampaikan dakwah Islamiah di seluruh dunia ini.


2.Di Malaysia sejak dari dahulu lagi dakwah Islamiah telah disampaikan melalui lisan dan tulisan yang disebarkan kepada individu dan kumpulan, secara bersemuka atau menerusi penyebaran bahan-bahan tulisan dan sebagainya, malah selari dengan perkembangan zaman yang dilaluinya, dakwah Islamiah turut disebarkan menerusi filem, video, kaset dan sebagainya.


3. Malah jika diteliti, penggunaan media elektronik terutama radio dan telivisyen sebagai media dakwah telah dipelopori dan dilaksanakan oleh kerajaan sendiri. Program-program yang disiarkan telah mendapat sambutan dan penerimaan yang hangat menyeluruh dari kalangan penontonnya.


4. Kini tamadun manusia terus membawa dan memperkenalkan kemajuan media yang lebih canggih dan diterima umum dan sekarang mereka berada dalam era yang dikenali sebagai era multimedia. Malaysia sendiri telah menerima kehadiran teknologi ini dan telah memperuntukkan sejumlah wang yang banayak untuk menjayakannya.


5. Melihat kepada sejarah lalu dan penerimaan umat Islam dalam menggunakan berbagai media yang wujud disepanjang zamannya, maka penerimaan multimedia sebagai alat berdakwah pada masa ini bukanlah suatu yang salah dan ditegah, malah adalah wajib selagi penggunaannya selari dengan ajaran Islam yang mulia.


6. Jadi, yang pentingnya ialah kesedaran umat Islam bahawa Islam tidak menghadkan kepada umatnya untuk menggunakan apa jua media yang boleh memberi kejayaan dalam usaha berdakwah di kalangan umat manusia seluruhnya.


KESIMPULAN:


Dari penjelasan yang telah diberikan, maka dapatlah disimpulkan bahawa:
i. Penggunaan multimedia dalam berdakwah adalah sangat membantu dan berkesan. Ianya mestilah diterima dengan baik dan dipergunakan sebijak mungkin.


ii. Program memberi dan meningkatkan kemahiran penggunaan teknologi moden dalam mutimedia di kalangan pendakwah dan ulama mestilah diadakan dan dipertingkatkan, manakala program pengukuhan ilmu teras Islam pula diberikan kepada para pakar Muslim dalam bidang multimedia, agar kepesatan dan keberkesanan dakwah dapat dicapai.


iii. Suatu mekanisma penyelarasan yang berwibawa dan berkesan mestilah dibentuk bagi mempastikan kegiatan dakwah menerusi multimedia dapat dilaksanakan dengan teratur dan rapi serta menepati pada sasarannya. Suatu gabungan dan jalinan yang kuat antara pakar-pakar Muslim dalam pelbagai bidang dan antara institusi dan organisasi Islam yang berwibawa adalah dinanti-nantikan.


iv. Aspek iman hendaklah menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dalam membena umat Islam yang kuat dan mampu mengatasi segala cabaran yang dihadapi baik pada masa ini mahupun pada masa akan datang, samada cabaran dari multimedia sendiri atau lain-lain cabaran yang terdapat dalam masyarakat.


PENUTUP:
Demikianlah apa yang dapat disampaikan, mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan dakwah Islamiah di negara ini. Akhirnya sekali lagi dipohonkan kemaafan atas apa-apa kelemahan dan kekurangan


sumber: islam.gov.my

0 comments:

Post a Comment